Tuesday, August 4, 2009

pARt yg pALIng aKU suKE!!!!

From bicara hati


“Zam, your turn.” Naufal mencelah di antara mereka.

Tengku Zamran Hakim tergelak kecil. Naufal kalau bab mengenakan orang tak pernah lupa.
Dia bangun sekali lagi dan naik ke pentas yang sudah kosong melainkan sebuah piano.

Sekali lagi tepukan gemuruh kedengaran sebaik sahaja kelibat Tengku Zamran Hakim sudah berada di pentas.

"Sorry, kawan. Bila lagi nak kenakan kau." Naufal sempat memohon maaf. Microphone sudah jauh darinya.Tengku Zamran Hakim cuma membalas dengan senyuman.

"Kau nak nyanyi lagu apa?"
"Adalah..."
"Kedekutnya...tak pe, nanti aku tahu jugak. Aku turun dulu. Kau setkan muzik latar dengan ajk belakang." Naufal berlalu dari pentas.

Pentas digelapkan.Beberapa minit kemudian, alunan piano kedengaran. Tiada muzik iringin lain melainkan alunan solo piano itu.Emily merenung dalam pentas yang gelap.

Alunan piano yang medayu-dayu itu begitu menusuk hatinya. Serta merta satu ballroom menjadi gelap. Sportlight diarah pada alunan piano.

Dan beberapa saat kemudian, suara serak-serak basah kedengaran.

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

“Hei, tak nampak orang ke? buta?”

“Eh, siapa yang tak nampak siapa sebenarnya? Awak tu mata letak kat mana entah. Tiba-tiba je rempuh orang.”

“Mummy, kenalkan inilah bakal menantu bongsu mummy dan daddy.”

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

“Masa tu aku cuma fikir perkara lima belas tahun yang lepas. Aku tak mahu peristiwa tu berulang. Paling penting, aku betul-betul takut kehilangan Emy.”

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disiniMenemani…

“Abang tahu sayang merajuk. Dan kalau sayang merajuk pasti ada yang merunsingkan sayang. Cerita dengan abang apa yang sayang risaukan. Abang dah janji kalau sayang sedih, abang lagi sedih. Kalau sayang runsing abang pun runsing sama. Kita dah janji nak hadapinya sama-sama.”

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Kepala Tengku Zamran Hakim didekatkan pada dadanya. Jemari yang digenggam tadi tetap digenggam. Tangannya yang sebelah lagi mengurut perlahan dada Tengku Zamran Hakim. Berharap agar batuk lelaki itu berkurangan.

“Maaf sebab buat awak jadi macam ni.” Bisik Emily pada Tengku Zamran Hakim. Setitis demi setitis air matanya jatuh.

Tengku Zamran Hakim tersenyum hambar dan menggeleng perlahan.

“Sayang tak salah apa-apa.” Matanya dipejamkan.

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

“Aku mengaku memang aku banyak lukakan Emy. Terlalu banyak dugaan yang datang yang akhirnya melukakan Emy. Tapi satu yang takkan pernah berubah, cinta dan kasih aku padanya. Kalau minta ditukarkan Emy dengan seribu gadis yang lain pun aku tak sanggup sebab Emy adalah anugerah terindah dari Allah untuk aku.”

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu

“Jangan takut sayang, abang ada. Selagi abang ada di sisi sayang, tiada siapa yang boleh sentuh isteri abang ni.”

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

“Jangan risau. Abang akan lindungi sayang dan anak kita.”

Laju air mata Emily mengalir mendengar bait-bait lagu tersebut. Setiap rangkap lirik yang dinyanyikan Tengku Zamran Hakim benar-benar mengusik hatinya. Matanya masih terarah pada Tengku Zamran Hakim.

Cahaya yang tertumpu ke arah lelaki itu membolehkan dia nampak jelas mata Tengku Zamran Hakim yang berkaca. Wajah suaminya itu kelihatan begitu sayu.Tepukan gemuruh yang kedengaran dari penonton menyedarkan Tengku Zamran Hakim yang tenggelam bersama emosinya. Air matanya dikesat.

**aku suke baca novel tenet nih..... besshhhh gileeerrr.... & paling best aku pun menghujankn diri dlm menghayati citer 2..... klu sape yg b'minat & nak tau kisah selanjutnyer bleh ler ke http://seindahkehidupan.blogspot.com/...... huhuhuhuhu mmg besshhh giler.....

No comments:

Post a Comment