Wednesday, October 7, 2009

TIK!! TOK!!! TIK!! TOK!!1


WAKTU
~KHALIL GIBRAN~
Dan seorang pakar astronomi berkata,
“Guru, bagaimanakah perihal Waktu?”
Dan dia menjawab:
Kau ingin mengukur waktu
yang tanpa ukuran dan tak terukur.
Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu
dan bahkan mengarahkan
perjalanan jiwamu
menurut jam dan musim.
Suatu ketika
kau ingin membuat anak sungai,
di mana atas tebingnya
kau akan duduk
dan menyaksikan alirannya.
Namun keabadian
di dalam dirimu
adalah kesedaran
akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui
bahawa semalam hanyalah kenangan
hari ini adalah kenyataan
dan esok adalah harapan
oleh itu esok adalah impian utk hari ini.
Dan yang menyanyi
dan merenung dari dalam jiwa,
sentiasa menghuni ruang semesta
yang menaburkan bintang di angkasa.
Siapa di antara kalian
yang tidak merasa
bahawa daya mencintainya
tiada batasnya?
Dan siapa pula
yang tidak merasa
bahawa cinta sejati,
walau tiada batas,
terkandung di dalam inti dirinya,
dan tiada bergerak
dari fikiran cinta ke fikiran cinta,
pun bukan
dari tindakan cinta ke tindakan cinta yang lain?
Dan bukanlah sang waktu
sebagaimana cinta,
tiada terbahagi
dan tiada kenal ruang?
Tapi jika di dalam fikiranmu
baru mengukur waktu
ke dalam musim,
biarkanlah tiap musim merangkumi
semua musim yang lain,
Dan biarkanlah hari ini
memeluk masa silam dengan kenangan
dan masa depan dengan kerinduan.

No comments:

Post a Comment